Perkara ini sunnah dan menjadi senjata menutup pintu syaitan!

Dari Penulis

Yang mencantikkan Islam itu adalah perkara kecil terutamanya adab, perkara itulah yang harus dijaga. Allah ajarkan cara menutup pintu-pintu syaitan dengan kalimah Allah.  

Bismillah itulah yang menutup pintu-pintu syaitan. Telah diaturkan adab untuk melakukan sesuatu dengan cantik untuk memelihara umat manusia daripada gangguan syaitan.

Banyak adab yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu bermula dari saat datang meminang si gadis. Sebelum meminang dimulakan dengan memanjatkan pujian kepada Allah dan mengucapkan selawat.

Hadis riwayat Abu Daud dan sunan at-Tirmizi daripada Abu Hurairah daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda,

“Semua pinangan yang di dalamnya tidak ada bacaan syahadat maka pinangan tersebut seperti  tangan yang terkena penyakit kusta.”

Biasanya benda yang kecil-kecil kita tinggalkan sedangkan itulah yang mencantikkan Islam dan akhlak.  Selepas pinangan diterima dan pernikahan dilakukan. Disunatkan bagi lelaki untuk membaca Bismillah kemudian memegang dahi isterinya pada pertama kali bertemu dengannya setelah menikah dan mengucapkan,

“Semoga Allah memberikan keberkatan kepada kita masing-masing.”

Kemudian bolehlah disambung dengan ucapan seperti hadis yang terdapat dalam Ibnu Majah dan Abu Daud. Rasulullah bersabda,

“Jika salah seorang daripada kamu hendak menikahi seorang wanita atau membeli hamba, hendaklah mengucapkan (Allahumma inni as’aluka khairaha, wakhaira ma jabaltaha ‘alaihi, wa a’udzu bika min syarriha, wa min syarri ma jabaltaha alaihi)

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau tentukan padanya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tentukan padanya. Dan jika hendak membeli seekor unta, hendaklah memegang punuknya dan mengucapkan seperti itu.”

Hal itu dibicarakan dengan lebih lanjut oleh  Pensyarah Jabatan al-Quran dan al-Sunah, Universiti Islam Selangor(UIS), Suriani Sudi, walaupun semua itu adalah amalan sunah sahaja tetapi ia melindungi diri daripada gangguan syaitan yang akan menggoda manusia dalam apa cara sekali pun.

Perkara itu sunat tetapi banyak hikmah di sebaliknya, sebab itu Allah kata sesiapa yang membuat amalan sunah maka Allah akan beri lebih ganjarannya tetapi dengan syarat amalan wajib jangan ditinggalkan.

Menurutnya lagi, saat paling penting untuk melindungi diri dan zuriat daripada gangguan syaitan adalah sewaktu sebelum mendatangi isteri. Sepatutnya setiap pasangan pengantin mesti mengetahui doa ini. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Apabila salah seorang daripada kamu hendak berhubung badan dengan isterinya dan mengucapkan (Bismillah, Allahumma jannibnasy syaithana, wa jannibisy-syaithana ma razaqtana)

Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami lalu daripada hubungan itu lahir anak yang tidak akan dapat membahayakannya.”

Godaan syaitan dari benih

Syaitan sudah menjalankan rancangannya untuk menggoda manusia bukan semasa ia dilahirkan ke dunia iaitu semasa tangisan pertama bayi kedengaran. Sebaliknya syaitan telah menjalankan rancangannya ketika benih belum disenyawakan lagi.

Ibnu Hajar berkata, syaitan itu mengganggu bayi yang dilahirkan. Sebab itu antara sebab bayi menangis bermulanya peranan syaitan di situ untuk mengganggu manusia. Dari sudut sainsnya bayi menangis adalah untuk beradaptasi dengan udara baru dan persekitaran.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tidak ada seorang pun daripada bani Adam yang lahir yang tidak diganggu syaitan ketika dia dilahirkan. Maka kuatlah tangisan itu oleh sebab gangguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya.

Kemudian Abu Hurairah berkata, dengan sesungguhnya ini doa yang dibaca ketika menyambut bayi yang baru lahir, “Aku memohon perlindungan-Mu dan zuriat keturunannya daripada gangguan syaitan yang kena rejam.” (HR Bukhari)

Doa itu seharusnya  dihafal oleh bidan dan doktor yang menyambut kelahiran bayi. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,

“Setiap anak bani Adam ketika dilahirkan, kedua perutnya ditusuk syaitan dengan jarinya kecuali Maryam dan anaknya Isa. Tidakkah kau melihat bayi ketika dilahirkan, bagaimana ia menangis kuat?” Baginda meneruskan lagi, itulah saatnya syaitan menusuk kedua perutnya.” (HR Imam Ahmad)

Dalam riwayat yang lain,

“Syaitan cuba untuk menusuk jarinya ke perut Isa saat dilahirkan, lalu ia menusuk tabir.”

Ada ulama yang membincangkan tabir itu adalah selaput bayi dan juga pendapat lain yang mengatakan pakaian yang menyelimutinya, itulah salah satu mukjizat Nabi Isa. Doa yang dibaca oleh Maryam untuk melindungi anaknya adalah dalam surah  Ali’ Imran: 36,

“…Aku perlindungkan dia dengan peliharaan-Mu demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).”

Setiap ibu dan bapa-bapa kena hafal doa itu untuk melindungi anak daripada godaan syaitan. Begitu juga setiap kali hendak menyusukan anak, ibu kena membaca doa tersebut untuk memohon perlindungan.

Kekuatan doa itu mengatasi segala perlindungan yang berbentuk fizikal. Anak menjadi tenang dan tidak banyak menangis, memang diakui menangisnya seorang bayi itu ada bagusnya tetapi jika keterlaluan akan menyebabkan ibu gelisah dan tidak tenang. Syaitan akan buat apa saja supaya hidup itu tidak tenang dan harmoni.

Doa itu bukan saja dibaca ketika lahirnya bayi tetapi harus dijadikan amalan sepanjang masa. Ketika menziarahi bayi pun doa itu boleh dibaca. Namun sebaiknya bacalah doa yang Rasulullah s.a.w. amalkan ketika bertemu cucunya Hasan dan Husain. Doa tersebut bermaksud,

“Aku memperlindungkanmu berdua dengan kalimah Allah yang sempurna daripada semua godaan syaitan, haiwan berbisa dan daripada seluruh gangguan mata yang melukai.”

Kena selalu doakan anak-anak agar dilindungi daripada godaan syaitan dan menjadi anak yang soleh. Doa itu adalah kuasa yang paling kuat dan mampu mengalahkan apa saja termasuklah syaitan kerana syaitan itu sentiasa berada di dalam urat nadi kita.  

Syaitan memang sudah berjanji dengan Allah akan menyesatkan manusia hingga kiamat dan memang benar ia mendapat kedudukan itu. Namun Allah tidak membiarkan kita untuk berhadapan dengan syaitan sendirian, sebaliknya diajarkan kepada kita cara untuk melawannya. Wallahu a’lam

_______________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This