Seniman gesa Sarah Yasmine henti keruhkan keadaan, usah calar imej buruk artis Malaysia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PERSATUAN Seniman Malaysia mengambil maklum tentang isu-isu semasa berkenaan dengan industri kreatif terutama soal ahli-ahli Seniman.

Sehubungan dengan itu, isu semasa yang masih panas diperkatakan adalah berkenaan dengan pasangan artis yang ditangkap khalwat awal Mac tempoh hari, sejak dari peristiwa tersebut pelbagai pihak membuat andaian dan persepsi yang sedikit sebanyak menjejaskan imej dan kredibiliti industri hiburan tanah air.

Menurut Setiausaha Agung, Hafiz Nafiah berkata, selaras dengan dasar-dasar Seniman iaitu memperjuang, membela, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis Malaysia, Seniman beranggapan bahawa individu bernama Sarah Yasmine harus menghentikan segala isu yang melibatkan Aliff Aziz dan Ruhainies.

“Perkara yang melibatkan Aliff dan Ruhainies telah pun dan sedang disiasat oleh pihak berkuasa maka semua pihak harus hormati proses tersebut.

“Selain daripada perkara dan isu yang hangat diperkatakan ketika ini oleh saudari Sarah, Seniman beranggapan ia adalah isu peribadi, maka Seniman menggesa supaya perkara ini diselesaikan secara tertutup bagi mengelak atau membuka aib mana-mana individu lain.

“Seniman mengingatkan agar saudari Sarah menghentikan apa jua tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan merosakkan imej artis Malaysia.

“Kami berharap isu rumah tangga antara Aliff dan Bella Astillah biarlah mereka selesaikan sendiri tanpa perlu ada orang yang tiada kaitan untuk mencampuri urusan mereka sekaligus boleh menjejaskan proses tersebut,” katanya kepada URTV.

Seniman memandang serius isu yang melibatkan imej artis Malaysia dan untuk mengelakkan industri dipandang serong di mata masyarakat serta pihak luar.

Seniman juga menggesa agar pihak-pihak yang nama mereka terpalit dalam isu ini untuk membuat laporan Polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) supaya pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan.

“Kami mengingatkan semua pihak agar tidak mempolimikkan isu ini dan hentikan segera segala perbalahan, kontroversi, salah menyalah serta membuka aib mana-mana individu di media sosial bagi menjaga nama baik industri di mata masyarakat,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This