JABATAN Wilayah Persekutuan (JWP) akan mengadakan sesi temu rapat bersama penggiat seni termasuk seniman jalanan pada suku kedua tahun ini, untuk mendapatkan input awal sebelum Dasar Hiburan Wilayah Persekutuan dirangka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata sesi itu juga akan melibatkan penghibur jalanan yang tidak mempunyai permit persembahan bagi mengenal pasti masalah dihadapi serta jenis bantuan yang boleh diberikan.
Setakat ini, beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan permit rasmi kepada 579 seniman jalanan merangkumi 374 orang dalam kategori Seni Persembahan Muzik (SPM) dan 205 individu bagi Seni Visual Kreatif (SVK) seperti badut, maskot, silap mata, dan pelukis inai.
“Langkah ini membolehkan Kuala Lumpur mempunyai komuniti penghibur jalanan yang teratur, berkualiti, dan mampu menjadi daya tarikan pelancongan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Dr Zaliha menjawab soalan P. Prabakaran (PH-Batu) mengenai inisiatif DBKL untuk mengangkat martabat penghibur jalanan di Kuala Lumpur, seperti di kota utama dunia termasuk London dan Paris dalam usaha menjadikan bandar raya itu sebagai kota budaya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Baca artikel lain: Lelaki didakwa bunuh peniaga makanan
Berhubung acara VM2026, Dr Zaliha berkata seniman jalanan terutamanya di Kuala Lumpur disaran supaya tidak hanya memainkan lagu pop atau jiwang, tetapi turut memilih lagu klasik dengan sentuhan moden bagi membantu pelancong mengenali muzik tradisional Malaysia, seperti gamelan dan ghazal.
Selain itu, ia turut menyediakan taklimat keselamatan dan peraturan undang-undang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan golongan itu memahami aspek keselamatan dan kepatuhan undang-undang semasa membuat persembahan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

