Nora Danish tak sembunyi kisah rumah tangga sedang bergolak, sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami

Dari Penulis

AKTRES Nora Danish mengakui dia tinggal berasingan dengan suaminya, Nedim Nazri sekaligus membuktikan hubungan rumah tangga mereka sedang bergolak ketika ini. 

Nora berkata, dia tidak mahu menyembunyikan perkara berkenaan dan sedang menangani tentang pergolakan yang berlaku sebaik mungkin.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tidak mahu menidakkan, kıta adalah manusia biasa tidak lari daripada kesilapan dan juga dugaan dalam kehidupan. Apabila bercakap tentang rumah tangga, pasti ada pergolakan.

“Kami dah tujuh tahun kahwin, memang ada pergolakan. Kami cuba menanganinya dengan sebaik mungkin. Memang kami tinggal berasingan sebab rumah sedang dalam proses pengubah suaian,” ujarnya.

Sebelum ini, kisah pergolakan rumah tangga Nora dan Nedim mula diperkatakan setelah masing-masing tidak berkongsi gambar raya bersama baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nora menafikan pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga bersama Nedim adalah disebabkan campur tangan pihak ketiga.

Ujar pelakon itu, apa yang berlaku adalah lebih kepada masalah persefahaman yang timbul antara dia dan suami.

Bagaimanapun, Nora menyatakan bahawa penceraian adalah jalan terakhir, meskipun sudah berusaha untuk menangani pergolakan yang timbul.

“Perceraian adalah jalan terakhir sebab kami pun pernah melalui perkara yang sama sebelum ini (penceraian). Apa juga keputusan, saya mengharap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak,” ujarnya.

Walaupun tidak sebumbunng, namun Nora dan suami masih mengekalkan hubungan baik demi pengurusan anak-anak.

“Macam saya cakap, kami berdua sedang berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan ini. Sebab itu masing-masing perlukan ruang.

“Kami berdua serahkan dan doakan yang terbaik. Seperti saya katakan, perceraian adalah jalan terakhir.

“Kami berdua pernah melalui fasa itu jadi apa pun, kita mahu yang terbaik,” jelasnya.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki anak lelaki tunggal, Putra Rayqal, 15 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This