MALAYSIA menamatkan aksi peringkat kumpulan Piala Thomas 2024 selaku naib juara kumpulan D selepas tewas 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Zon Hi-Tech, Chengdu, perseorangan ketiga negara, Justin Hoh nyaris menjadi wira skuad negara untuk mengutip mata ketiga.
Justin yang berada di kedudukan ke-233 dunia menampilkan aksi terpuji ketika berhadapan dengan perseorangan ketiga Denmark, Rasmus Gemke.
Pemain negara berusia 20 tahun itu berjaya ‘mencuri’ satu set ke atas Gemke dan mengheret ke set penentuan.
Bagaimanapun, pengalaman dimiliki pemain di ranking ke-26 dunia memastikan kemenangan buat jaguh Eropah itu 13-21, 21-19, 13-21.
Malaysia dan Denmark masing-masing telah pun menempah slot ke peringkat suku akhir tetapi Denmark mara sebagai juara kumpulan D.
Baca artikel lain: Piala Thomas: Malaysia bermula cemerlang, tiada masalah benam Hong Kong 5-0
Malaysia bermula dengan langkah kiri selepas pemain perseorangan pertama negara, Lee Zii Jia kecundang kepada pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dalam straight set 16-21, 22-24.
Skuad negara kembali mengikat kedudukan 1-1 selepas beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menang ke atas pasangan Kim Astrup-Anders Rasmussen.
Walaupun tewas 17-21 pada set pertama, namun bekas juara dunia itu bangkit mencatat kemenangan 21-17,21-16.
Pemain perseorangan kedua Denmark, Anders Antonsen menepati ramalan apabila dengan mudah menewaskan pemain ranking ke-37 dunia, Leong Jun Hao.
Antonsen yang berada di kedudukan keempat dunia hanya memerlukan 40 minit untuk mengatasi Jun Hao 14-21, 10-21.
Beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kembali menyamakan kedudukan kepada 2-2 apabila menewaskan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 23-21, 22-20 dalam tempoh 50 minit dan tugas memburu kemenangan nyata tertumpu kepada perlawanan antara Justin dan Gemke.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

