QSR Brands, pengendali rangkaian restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) menyatakan syarikat itu mengambil ‘langkah proaktif’ dengan menutup sementara cawangan untuk menguruskan kos perniagaan yang semakin meningkat.
QSR Brands berkata pekerja daripada cawangan restoran yang terjejas dan ditutup ditawarkan peluang untuk berpindah ke cawangan restoran yang lebih sibuk.
“Ia juga sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber,” katanya dalam kenyataan.
Bagaimana QSR tidak menyatakan bilangan restoran KFC yang ditutup setakat ini.
Awal hari ini, akhbar Nanyang Siang Pau melaporkan lebih 10% cawangan KFC menghentikan operasi, dengan sejumlah 108 kedai ditutup buat sementara waktu setakat 27 April, berdasarkan maklumat di Google Maps.
Peta memaparkan kedai yang kemas kini statusnya dengan “ditutup buat sementara waktu”.
Menurut akhbar harian Cina itu, terdapat sehingga 21 cawangan di Kelantan ditutup, bersamaan 80%; diikuti 15 cawangan di Johor.
Sementara itu, semakan oleh The Straits Times ke atas tiga cawangan di Kuala Lumpur iaitu di Jalan Ipoh, Jalan Sultan dan Taman Melawati mendapati terdapat papan tanda “ditutup buat sementara waktu”.
Penutupan itu menyusuli boikot selama berbulan-bulan yang dijalankan oleh beberapa pihak selepas KFC dikaitkan dengan produk dari Barat yang mempunyai kaitan dengan Israel, selepas berlakunya perang di Gaza, baru-baru ini.
QSR memaklumkan KFC menyediakan 18,000 pekerjaan dan kira-kira 85% pekerjanya beragama Islam.
“QSR Brands terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat menyumbang kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

