PM dijangka umum sistem saraan penjawat awam terbaik hari ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu dalam himpunan Sambutan Hari Pekerja 2024, hari ini.

Sambutan dengan tema ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula pukul 10 pagi ini.

Lebih 3,000 pekerja yang terdiri daripada kesatuan, badan berkanun, sektor awam dan swasta dijangka menghadiri sambutan tersebut.

Khamis lalu, Perdana Menteri memaklumkan, sistem saraan baharu yang bakal diumumkan ini adalah antara yang terbaik pernah diperkenalkan kerajaan.

Berucap pada Sesi Townhall Lebaran Aidilfitri Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), Anwar bagaimanapun memaklumkan skim itu bakal membabitkan implikasi kewangan tertinggi.

“Ini bukan masalah saudara, masalah kita semua untuk cari dana, tetapi masalah Menteri Kewangan… Saya akan berunding dengan Menteri Kewangan,” katanya dalam nada berseloroh.

Baca artikel lain: Malaysia sedia teroka kerjasama baharu dengan Arab Saudi – PM Anwar

Ujar beliau, kerajaan pimpinannya tidak pernah menganggap kajian SSPA sebagai suatu perkara ringan yang boleh dipandang enteng.

“Tidak benar kalau kata kita tidak beri perhatian (kerana) di dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Perbendaharaan (KSP) saya tekankan tidak mahu ada kelompok yang tersisih.

“Kita mahu ambil tindakan SSPA secara menyeluruh dan dilakukan bersama dengan reformasi penjawat awam,” kata Anwar.

Sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan hampir memuktamadkan penambahbaikan berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 yang dipengerusi oleh beliau.

Justeru, katanya, cadangan penambahbaikan struktur gaji penjawat awam itu akan diumumkan pada sambutan Hari Pekerja, hari ini.

Kali terakhir kadar gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada 2013, iaitu membabitkan pemberian satu kenaikan gaji tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This