Lebih 600 petugas akan santuni jemaah haji Malaysia

Dari Penulis

LEBIH 600 orang telah terpilih menjadi petugas Operasi Haji Tanah Suci (OHTS) pada tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

 Hari ini 160 petugas termasuk daripada 14 wakil media berangkat ke Tanah Suci bagi membuat persiapan awal bagi operasi musim haji 2024.

 Syed Saleh berkata, kesemua petugas akan memastikan semua sektor operasi antaranya pengurusan maktab dan zon, kesihatan, bimbingan ibadat haji dan ziarah, kewangan, media, sajian, bagasi, khidmat pelanggan dan lain-lain berada dalam keadaan terbaik. 

“Keberangkatan petugas haji dilakukan secara berperingkat menerusi beberapa siri penerbangan. Hari ini merupakan pelepasan kumpulan kedua melibatkan petugas kebajikan, perubatan, media dan agensi luar seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kesemua petugas yang bertindak sebagai barisan hadapan ini telah mengikuti kursus komprehensif bagi memastikan mereka bersedia untuk menyantuni 31,600 bakal haji negara,” katanya dalam kenyataan .

Penerbangan kumpulan pertama petugas telah mula berlepas pada 30 April diikuti dengan tiga kumpulan besar iaitu pada 2 Mei, 6 Mei dan 9 Mei.

Penerbangan pertama jemaah haji negara akan bermula 9 Mei ini manakala penerbangan terakhir adalah 9 Jun 2024.

Tahun ini, hari wukuf jatuh pada 9 Zulhijjah yang dijangka pada hari Sabtu, 15 Jun 2024.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa jemaah haji negara melibatkan syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan lelaki ceroboh kawasan rumah di Taman Puchong Prima

POLIS sedang mengesan dan mengenal pasti seorang lelaki tidak dikenali yang disyaki telah menceroboh kawasan belakang sebuah rumah di...

More Articles Like This