Degupan Jantung…Jangan Biar Ia Berhenti

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia menjelaskan jantung adalah salah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari dan akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Pernahkah anda fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya secara tiba tiba jantung anda terhenti?

Dalam meneruskan rutin harian, adakah anda mengambil kira akan kepentingan jantung apabila anda sedang menikmati makanan? Apakah makanan yang diambil itu makanan yang sesuai untuk Kesihatan anda atau sebaliknya?

Serangan jantung boleh berlaku apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pembuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali. Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama-kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung. Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.

Seseorang individu boleh menghidap dua jenis penyakit jantung iaitu:

Penyakit jantung kongenital

– Berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung.

Penyakit jantung bukan kongenital

– Terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This