Keadaan semakin stabil, Tengku Amir Shah lawat Faisal Halim

Dari Penulis

KEADAAN pemain kebangsaan, Faisal Halim kini semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di hospital swasta di Shah Alam, petang semalam.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Memetik laporan Berita Harian, Shahril berkata, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey menjalani pembedahan kedua selama tiga jam bagi memulihkan kecederaan akibat disimbah asid baru-baru ini.

“Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini,” kata Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC.

Dalam pada itu, Pengerusi Selangor FC (SFC), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkesempatan melawat pemain SFC, Faisal di sebuah hospital di Shah Alam, pagi tadi.

Beliau tiba di pekarangan hospital terbabit sekitar jam 11.17 pagi.

Ketibaan Tengku Amir adalah yang kali pertama untuk menyaksikan sendiri Faisal yang ketika ini sedang bertarung dengan kesakitan susulan disimbah asid, Ahad lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This