SEORANG penunggang motosikal dikhuatiri lemas selepas disyaki terjun ke dalam sungai di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 10.48 pagi.
Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa Melayu berusia 28 tahun
“Lelaki terbabit dipercayai menunggang motosikal seorang diri dari arah Tumpat ke Kota Bharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

