KEDAH Darul Aman (KDA) FC mendapat tiga mata pertama selepas menewaskan PDRM FC 1-0 dalam aksi sulung Liga Super 2024-2025 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hari ini.
Pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JD), Syafiq Ahmad hanya memerlukan kira-kira 33 saat untuk membuka tirai jaringan buat KDA FC apabila dia mudah menyudahkan umpanan Sony Norde.
Kedua-dua pasukan menurunkan barisan pemain terkuat dengan Kedah mempertaruhkan duo serangan Syafiq Ahmad dan Milos Gordic manakala PDRM turut mempertaruhkan dua penyerang iaitu Ifedayo Olusegun dan Bruno Suzuki untuk mencari gol.
PDRM cuba bangkit dengan beberapa gerakan untuk memburu gol penyamaan, namun gagal membuahkan hasil yang menyaksikan babak pertama berakhir dengan kelebihan satu gol memihak KDA.
Permukaan padang becak akibat hujan jelas menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan yang bergelut untuk mencipta gerakan lebih menarik terutama sepanjang babak kedua.
Skuad Sang Kenari memulakan saingan liga musim ini dengan mata negatif tiga selepas dikenakan pemotongan tiga mata oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan isu tunggakan gaji, bagaimanapun pihak pengurusan KDA FC merancang untuk membuat rayuan ke atas denda tersebut selepas ini.
Pada 5 April lalu, badan bebas First Instance Body (FIB) mengumumkan KDA dikenakan hukuman pemotongan tiga mata dan denda RM50,000 susulan kegagalan kelab terbabit membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

