PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH menang di Kuala Kubu Bharu

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, calon PH Pang Sock Tao berjaya mempertahan kerusi itu dalam persaingan empat penjuru.

“Saudara Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP), tahniah atas kemenangan di Kuala Kubu Baharu… lawan sampai menang… sekarang kita kena pertahankan kemenangan itu,” kata beliau.

Anwar, yang juga Presiden PKR, berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan 25 Tahun parti itu di Depot Sentul di sini malam ini.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mengucapkan tahniah kepada calon PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan kerana memenangi PRK di DUN KKB berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Menurut hantaran di laman Facebook beliau, Pang telah memenangi PRK itu dengan majoriti yang besar.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This