RASMI: Calon PH menang PRK DUN Kuala Kubu Bharu, majoriti kurang 250 undi

Dari Penulis

CALON Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menang pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, meraih 14,000 undi dengan majoriti 3,869 undi.

Jumlah majoriti tersebut berkurang sebanyak 250 undi berbanding majoriti diperoleh oleh calon PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas

Pengawai pengurus pilihan raya SPR Yuhanas Auree Kamaruddin mengumumkan kemenangan Pang di pusat penjumlahan undi di Kuala Kubu Bharu malam ini.

Sementara itu calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut memperolehi 10,131 undi, Hafizah Zainudin (PRM) 152 undi dan Nyau Ke Xin (bebas) 188 undi.

Kedua-dua calon bebas dan PRM yang disebut-sebut sebagai pilihan alternatif itu hilang wang deposit.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian penyandangnya dari PH, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas, Lee menewaskan tiga pencabarnya daripada Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan meraih majoriti 4,119 undi.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada PH dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This