Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan

Dari Penulis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula 15 Mei lepas.

Istana Arau dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia berikutan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail akan menjalani pembedahan kaki pada minggu hadapan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dan kemudiannya akan melalui proses rehabilitasi selepas itu.

“Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru agar semua rakyat negeri Perlis memberikan sokongan yang penuh kepada anakanda baginda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang akan menggalas amanah sebagai Pemangku Raja Perlis bagi pihak baginda bermula pada 15 Mei 2024.

“Tempoh pemangkuan Tuanku Syed Faizuddin Putra ialah untuk selama empat bulan ketika Tuanku Raja akan menjalani pembedahan kaki pada minggu hadapan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan seterusnya melalui proses rehabilitasi selepas itu,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel lain: Tunggu keputusan siasatan sebelum bincang kedudukan MB Perlis – Ahmad Fadhli

Raja Perlis turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri, kaum kerabat Diraja, para sahabat handai dan khususnya rakyat Perlis yang dikasihi atas doa dan ucapan sempena sambutan Ulang tahun Keputeraan Raja Perlis itu yang ke-81 semalam.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian semasa berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Perlis, Jalan Raja Muda, Kangar, malam tadi, menurut kenyataan itu.

Turut berangkat, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid; Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This