Empat direman dera pembantu rumah di Johor

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman videonya tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, keempat-empat suspek berusia antara 30 hingga 34 tahun itu diberkas dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Johor, Tampoi, kira-kira jam 7.30 malam semalam.

Menurut beliau, operasi berkenaan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara susulan penularan video berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua pasangan itu tinggal bersama dalam rumah yang sama, manakala dua wanita yang ditahan mempunyai hubungan adik-beradik,” katanya pada sidang media di IPD Iskandar Puteri, hari ini.

Beliau berkata, kejadian yang dirakam dalam video itu dipercayai berlaku pada 26 Julai tahun lalu dan membabitkan tiga pembantu rumah warga Indonesia berusia lingkungan 20-an.

Siasatan turut mendapati rakaman tersebut dipercayai dibuat oleh salah seorang mangsa, namun video itu hanya mula tersebar luas di media sosial baru-baru ini.

“Setakat ini, motif kejadian masih disiasat dan polis sedang meneliti semua aspek berkaitan kes berkenaan,” katanya.

Ab Rahaman berkata, ketiga-tiga mangsa dipercayai telah melarikan diri dari rumah majikan mereka, namun dipercayai masih berada di dalam negara.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan termasuk telefon bimbit, pakaian milik suspek, sebuah kamera litar tertutup (CCTV) dan dua pasport milik pembantu rumah terbabit.

Beliau berkata, semakan mendapati semua suspek negatif dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini.

“Kesemua suspek telah direman selama sehari bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, Seksyen 354 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This