10 perbuatan yang dilakukan setiap hari tanpa sedar dilarang Rasulullah s.a.w.

Dari Penulis

Setiap hari ada banyak perbuatan yang dilakukan tanpa kita sedar ia sebenarnya bertentangan dengan syariat Islam dan dibenci oleh Baginda s.a.w. Malah ia turut mendatangkan dosa dan murka Allah. Antara perbuatan itu disebut dalam hadis Baginda s.a.w. ialah:

Pertama: Makan dan minum sambil berdiri

Perbuatan makan dan minum dalam keadaan berdiri dilarang oleh Baginda s.a.w. Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Baginda,

“Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kalian minum sambil berdiri. Apabila ia lupa maka hendaknya dia muntahkan” (HR Muslim)

Kedua: Ketawa terbahak-bahak.

Tidak dapat disangkal apabila kita mendengar atau melihat perbuatan yang lucu pasti akan ketawa hingga adakalanya ketawa yang besar seperti terbahak-bahak. Namun perbuatan ini dilarang kerana ia menyebabkan hati mati. Sabda Rasulullah s.a.w.

“Janganlah banyak tertawa! Sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati” (HR Ibnu Majah)

Ketiga: Bercanda dan berbohong

Berbohong dengan tujuan untuk membuatkan orang ramai tertawa termasuk dalam perkara yang dilarang dalam Islam. Dari Mu’awiyah bin Jaydah al-Qusyairi bahawa Nabi bersabda,

“Celakalah buat seseorang yang menceritakan sesuatu cerita dengan tujuan untuk membuatkan sesuatu kaum itu ketawa maka dia berdusta. Celakalah buatnya, celakalah buatnya” (HR Abu Daud)

Keempat: Memuji secara berlebihan

Hati-hati apabila memuji seseorang. Pastikan tidak berlebihan kerana perbuatan ini dilarang berdasarkan hadis dari Hammam bin al-Harith r.a.

“Jika engkau melihat orang yang memuji, maka taburkanlah debu di wajahnya” (HR Muslim)

Kelima: Mengambil hak orang lain

Terkadang tanpa kita sedar sebenarnya kita telah mengambil hak orang lain dalam apa juga perkara contohnya meletakkan kereta di kawasan rumah jiran hingga jiran berasa marah atau kecil hati. Sabda Baginda s.a.w.

“Barang siapa mengambil sejengkal tanah bumi yang bukan haknya, nescaya ditenggelamkan ia pada hari kiamat sampai ke dalam tujuh lapis bumi” (HR Bukhari)

Keenam: Solat ketika makanan terhidang

Dari Anas bin Malik r.a. disebutkan,

“Jika makan malam telah disajikan maka dahulukan makan malam terlebih dahulu sebelum solat Maghrib. Dan tidak perlu tergesa-gesa dengan menyantap makan malam kalian” (HR Bukhari & Muslim)

Ketujuh: Solat dengan menahan membuang air

Rasulullah s.a.w. tidak suka jika ada dalam kalangan umatnya yang tetap mendirikan solat dengan menahan dari membuang air kecil, besar atau kentut. Dari Aisyah r.ha bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tidak ada solat ketika makanan telah dihidang, begitu pula tidak ada solat bagi yang menahan (kencing atau buang air besar)” (HR Muslim)

Kelapan: Makan berlebihan

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. bahawa Baginda s.a.w. bersabda,

“Salah satu ciri berlebihan (al-Israf) kamu makan setiap yang kamu inginkan” (HR Ibnu Majah)

Kesembilan: Tidur selepas Asar

Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w. mengingatkan umatnya agar menjauhi tidur selepas Asar. Sabda Baginda s.a.w.

“Barangsiapa tidur setelah waktu Asar, lalu hilang akalnya maka jangan pernah salahkan kecuali pada dirinya sendiri” (HR ad-Dailami)

Kesepuluh: Tidur selepas Subuh

Selain waktu Asar, tidur selepas subuh adalah perkara yang tidak disukai Baginda s.a.w. Sabdanya,

“Seusai solat fajar (Subuh) janganlah kamu tidur sehingga melalaikan kamu untuk mencari rezeki” (HR Thabrani)

Larangan yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. ini bertujuan untuk melindungi umat Islam serta salah satu wujud cinta kepada umatnya. Dan jika diperhatikan semua perkara yang dilarang Baginda s.a.w. ini menuju pada kebaikan. Wallahu a’lam.

_________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This