SATU rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa kejadian serangan simbah asid terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lalu, tular di media sosial.
Dalam rakaman CCTV berdurasi 56 saat itu, seorang lelaki dipercayai penyerang dalam serangan simbah asid itu bersembunyi di belakang sebuah kenderaan di tempat parkir kenderaan.
Kemudian kelihatan seorang lelaki dipercayai Faisal sedang berjalan ke arah sebuah kereta diekori seorang wanita dipercayai isterinya.
Lelaki yang bersembunyi di belakang kenderaan itu yang memakai topi dengan bahagian muka dilindungi kain seterusnya mengekori Faisal sebelum dilihat menyimbah sesuatu ke arahnya.
Lelaki yang dipercayai Faisal itu kemudiannya dilihat mengelak daripada terkena simbahan dan lari ke tempat lain untuk menyelamatkan diri.
Penyerang kemudiannya bertindak melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal yang telah siap sedia menunggu tidak jauh daripada kenderaan dipercayai milik Faisal.
Kejadian tersebut turut disaksikan beberapa individu lain termasuk wanita yang dipercayai isteri Faisal.
Beberapa individu itu turut dilihat cuba mengejar motosikal tersebut namun berjaya melarikan diri.
Bagaimanapun, setakat ini UtusanTV masih mendapatkan pengesahan polis berhubung kesaihan CCTV tersebut.
Baca artikel lain: Faisal bertambah baik, dijangka keluar hospital beberapa hari lagi
Pada 5 Mei lalu, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal Halim yang lebih mesra disapa ‘Mickey’ dalam kalangan peminat, cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya sekali gus menarik perhatian media luar negara termasuk di Eropah.
Pemain yang memenangi gol terbaik pada Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas itu disahkan mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas menjalani pembedahan pertama pada Ahad lalu selain pergerakan dan percakapannya turut terbatas.
Sebelum ini, hasil analisis Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati hanya tiga daripada lapan kesan cap jari di lokasi kejadian simbah asid pemain bola sepak kebangsaan itu dikategorikan sebagai cukup sifat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada analisa itu, lima daripadanya tidak cukup sifat.
Polis sudah mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid itu dan meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil bagi membantu mengesan suspek yang menyerang pemain kebangsaan itu.
Suspek dianggarkan berusia 30-an, tinggi 165 sentimeter (cm), tubuh bersaiz sederhana dan kulit sawo matang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

