PEMBERIAN visa umrah melalui aplikasi telefon pintar “Nusuk” ditangguhkan mulai Khamis, 23 Mei (15 Zulkaedah) hingga 21 Jun (15 Zulhijjah).
Perkara itu dinyatakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam infografik yang dimuat naik di akaun rasmi X kementerian itu pada Khamis, sekali gus melarang semua kategori pemegang visa pelancong dari memasuki Makkah sepanjang tempoh berkenaan bagi melancarkan persediaan musim haji 1445 Hijrah.
Kementerian itu turut menegaskan hanya pemegang visa haji sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, serta mengingatkan mengenai pelaksanaan hukuman berat terhadap individu yang ditahan kerana berada di tujuh kawasan yang dikhususkan untuk jemaah haji secara tidak sah.
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini mengumumkan penguatkuasaan penalti 10,000 Riyal (SAR10,000) terhadap individu yang memasuki tujuh kawasan larangan tanpa permit haji iaitu Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

