AKTOR Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi semalam, sudah dibenarkan keluar.
Memetik laporan Times Of India, bintang filem Kuch Kuch Hota Hai itu berada di Ahmedabad bagi menonton perlawanan kriket Indian Premier League antara pasukan Kolkata Knight Riders (KKR) melawan Sunrisers Hyderabad di Stadium Nerendra Modi.
Difahamkan, cuaca di daerah itu mencecah suhu 45.2 darjah Celcius sehingga 45.9 darjah Celcius semalam sekaligus diserang strok haba.
Selepas menonton perlawanan kriket, Shah Rukh Khan yang turut ditemani dua orang anaknya iaitu Suhana dan Adam pulang ke Hotel Narmada.
Bagaimanapun, kondisi kesihatannya agak teruk sehingga perlu dikejarkan ke hospital.
Sementara itu, menurut sahabat baiknya yang juga aktres Juhi Chawla, pelakon filem Don itu semakin pulih dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Shah Rukh Khan merupakan pemilik kelab kriket KKR dan Juhi Chawla adalah pemilik bersama.

