Kedah kempunan di laman sendiri, tewas 0-2 kepada Perak

Dari Penulis

KEDAH terpaksa menelan kepahitan apabila kalah dalam pertama mereka di tempat sendiri selepas ditewaskan Perak 0-2 dalam persaingan Liga Super malam ini.

Walaupun menguasai permainan, skuad di bawah jurulatih Nafuzi Zain itu gagal untuk mendapatkan sebarang gol bagi mengatasi kekentalan barisan pertahanan Perak dan aksi cemerlang penjaga gol Perak.

Dua gol skuad kendalian Yusri Che Lah diperoleh melalui pemain import dari Korea Selatan, Lee Tae-min yang terhasil daripada serangan balas pada minit ke-17 dan 77.

Perak yangdalam misi memburu kemenangan pertama saingan Liga menurunkan beberapa barisan terbaik seperti Wan Zack Haikal dan Luka Milunovic.

Sementara Kedah turut langkah yang sama dengan memberi tanggungjawab awal kepada Milos Gordic, Sony Norde dan Syafiq Ahman berada di barisan menyerang sebelum Syafiq dikeluarkan kerana cedera.

Perlawanan bermula rancak apabila kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai perlawanan. Kedah berjaya membuat dua cubaan tepat seawal 10 minit permainan.

Lee Tae-min membuka jaringan pertama pasukan pada minit ke-17 selepas mudah menyempurnakan hantaran bijak daripada rakan sepasukan melepasi barisan pertahanan dan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz.

Pada minit ke-58, pemain import Kedah, Sukhrob Nurulloev hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan sudut dari luar kotak penalti, namun bola terkena tiang gol.

Beberapa pertukaran dibuat oleh Nafuzi Zain, dengan memasukkan Faiz Nasir, Ebener Assifuah dan Fadzrul Daniel menggantikan Milos Gordic, Halim Saari dan Sukhrob Nurulloev pada minit ke-71 permainan menyaksikan Kedah meneruskan asakan demi asakan.

Kelincahan Assifuah dibantu oleh rakan-rakan menyebabkan pintu gol Perak beberapa kali hampir dibolosi tetapi diselamatkan oleh pemain pertahanan ataupun tiang walaupun penjaga gol telah tertewas.

Selepas ini, Kedah akan berdepan Bukit Tambun pada 14 Jun dan Perak akan menentang Terengganu pada 15 Jun ini bagi aksi pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This