Yuna teruja tulis & nyanyi lagu bahasa Sepanyol, harap dapat kumpul peminat dari Amerika Latin

Dari Penulis

PENYANYI terkenal, Yuna bakal melancarkan single terbaru bertajuk Bad Intentions yang dijadualkan keluar pada bulan Oktober tahun ini.

Ujar Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Mat Zara’ai, 38, sangat teruja apabila lagu pertamanya ini perlu dilantunkan dalam bahasa Sepanyol.

Malah, dia juga mendedahkan bahawa dirinya telah bersedia dengan mempelajari bahasa Sepanyol sejak tahun 2023 lagi.

“Saya teruja akhirnya dapat berkongsi visual yang kami rakamkan untuk lagu saya, Bad Intentions.

“Lagu ini sangat memberi makna buat saya, ia adalah kali pertama saya menulis dan menyanyi dalam Bahasa Sepanyol.

“Saya mula mempelajarinya pada 2023 dengan bantuan rakan yang bertutur dengan bahasa tersebut dan saya gembira dapat peluang untuk terbitkan lagu ini,” katanya menerusi perkongsian di Instagram miliknya itu.

Dalam masa yang sama, dia juga turut meluahkan rasa syukur dengan sokongan dan dorongan yang diterima daripada peminat dan rakan-rakan kerana kini dia mampu melebarkan sayapnya sehingga ke negara Amerika Latin dengan pengalaman baharu.

“Mempelajari bahasa baru sememangnya melebarkan pengalaman saya menulis yang kedua.

“Terima kasih rakan dan peminat atas kasih sayang dan sokongan dan berharap dapat jumpa peminat Amerika Latin. Nos Vemos, Te amo mucho,” akhirinya dalam bahasa Sepanyol.

Sebelum ini, pemenang trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-20 ini telah mencabar dirinya sendiri untuk memperluaskan kariernya dengan menulis lagu-lagu dalam bahasa asing selain dari bahasa Inggeris dan Malaysia.

Namun kini, cita-citanya dilihat seakan telah tercapai apabila berjaya menguasai bahasa Sepanyol dalam hanya satu bulan untuk melancarkan lagu terbaharu pada Oktober depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This