Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan latihan penerbangan taktikal bagi aset-aset udara secara rendah bermula esok hingga 2 Jun ini.
TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan latihan itu antaranya bertujuan mempamerkan kesiagaan aset dan anggota TUDM sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-66 di Pangkalan Udara Kuantan pada 1 Jun.
Kenyataan itu menyebut latihan itu juga bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan tugas operasi yang melibatkan pesawat pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.
“Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat TUDM yang terlibat akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu khususnya di ruang udara Pangkalan Udara Kuantan dan sekitar negeri Pahang,” menurut kenyataan itu.
TUDM menasihatkan orang ramai supaya tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera terbang rendah sepanjang tempoh latihan dilaksanakan.
- BERNAMA
- Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
- Ikuti langkah ini:
- Langkah 1: Layari utusantv.com
- Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
- Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
- Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
- Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

