TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang melaksanakan siasatan menyeluruh susulan dakwaan berlakunya aktiviti tidak bermoral dilakukan dalam pangkalannya.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin.
Mengakui berasa kesal dengan dakwaan tersebut, Muhamad Norazlan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan perkhidmatan.
“Sebarang aktiviti tidak bermoral yang dilakukan di dalam pangkalan adalah dilarang sama sekali kerana ia mencemarkan imej dan maruah TUDM,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook TUDM.
Baca artikel lain: ATM diarah siasat isu perbuatan tidak bermoral dalam kem tentera
Sebelum ini, Kementerian Pertahanan telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjalankan siasatan dalaman segera berhubung dakwaan kemasukan individu yang tidak berkaitan serta aktiviti-aktiviti tidak bermoral dilakukan di dalam kem tnetera seperti yang tular di media sosial.
Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.
Menurut Kementerian Pertahanan, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Kementerian Pertahanan dan ATM.
Tegas kenyataan itu, Kementerian Pertahanan dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi.
Katanya, MINDEF juga tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

