Gara-gara watak Arjuna, Haidar Hasanudin pernah ditawarkan duit RM50,000 & kereta oleh wanita berstatus Datin

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

AKTOR Haidar Hasanudin mendedahkan pernah ditawarkan wang berjumlah RM50,000 oleh peminat wanita yang mengaku berstatus Datin.

Ujar Haidar,35, pada awalnya individu terbabit menghantar mesej langsung (DM) di akaun Instagram dan memuji lakonannya yang membawakan watak ‘anak ikan’ bernama Arjuna.

“Masa drama lakonan saya, Layang-Layang Perkahwinan ditayangkan, wanita itu salah seorang pengikut saya di Instagram.

“Dia mula hantar mesej dan memuji lakonan saya selain memberi komen mengenai drama terbabit. 

“Tapi, lama-kelamaan, saya jadi pelik sebab dia mula mesej tentang hal peribadi. Lebih buatkan saya terkejut apabila dia tawarkan wang tunai RM50,000 dan nak hadiahkan sebuah kereta kepada saya,” katanya kepada URTV.

Haidar berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media drama bersiri terbaharu Astro Ria, Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Haidar tidak hanyut walaupun ditawarkan kemewahan dan menolak dengan cara baik.

Katanya, dia mahu fokus membina kerjaya lakonan tanpa terkait dengan sebarang kontroversi.

“Jika fikir nak hidup senang, mungkinlah saya dah terima tawaran itu tapi saya tak mahulah apa yang diusahakan selama ini tak membuahkan hasil.

“Saya bermula dari bawah, nama saya sebagai pelakon sudah mula dikenali.Jika saya berhenti kerana wang atau kemewahan, sia-sia sahaja segala susah payah saya selama ini.

“Penyebab utama saya berlakon adalah minat, bukannya wang. Jika nak senang, mesti saya dah terima tawaran wanita itu.

“Sekarang ini, saya sudah tidak melayan mesej di media sosial sebab risau akan memudaratkan,” tegasnya.

Berkongsi lanjut wataknya sebagai Cikgu Safuan menerusi drama Cinta Untuk Sekali Lagi, dia akui berdebar menanti reaksi penonton.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya membawakan watak sebagai guru. Saya bersyukur dapat bergandingan dengan nama-nama popular seperti Meerqeen, Erysha Emyra, Ozlynn, Datin Nina Juren, Arash Mohd dan ramai lagi.

“Berlakon di bawah arahan Hadith Omar memberikan saya pengalaman baharu. 

“Saya berdebar menantikan reaksi peminat memandangkan ia merupakan adaptasi novel. Saya juga berharap drama bersiri ini mendapat tempat di hati peminat,” akhirinya.

Cinta Untuk Sekali Lagi bersiaran di slot Megadrama bermula 27 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This