Ernie Zakri dan Aina Abdul hangatkan Konsert Destiny of Music, turut tampilkan Rayme Zainal

Dari Penulis

Paduan suara dua persona hebat, Ernie Zakri dan Aina Abdul bakal menggegarkan Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam pada 29 Jun ini.

Konsert yang dibawa khas oleh B De Paris Beauty Project itu bakal menonjolkan lagu-lagu tradisional di samping mengetengahkan semua elemen lagu-lagu Malaysia dari era 80-an hingga ke masa kini.

Menurut penganjur, Burhan Ahmad, konsert Destiny of Music bakal menampilkan Ernie Zakri dan Aina Abdul yang akan melakukan persembahan secara duet dengan lagu berjudul Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Sebelum ini kita selalu tengok yang kedua-dua artis ini menyanyikan lagu-lagu balada sahaja, tetapi kali ni mereka akan nyanyikan lagu tradisional. Jadi bagaimana mereka ingin melenggokkan lagi itu kena tunggu pada konsert nanti,” katanya menjelaskan dewan mampu memuatkan 3,000 penonton pada satu masa.

Katanya, Konsert Destiny of Music ini juga merupakan konsert amal dan sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Tabung Pelajar UiTM.

“Kita dapat sokongan padu daripada MOTAC sebab penganjur konsert perlukan tajaan yang banyak untuk membuat konsert, jadi mereka mengeluarkan satu potongan cukai untuk siapa yang menjadi penaja kami.

“Kewangan pun ada itu lebih kepada budget untuk menampung perbelanjaan kami sebenarnya dan konsep ini lebih kepada konsert amal sebab sebahagian 15 hingga 20 peratus hasil jualan tiket akan diberikan kepada Tabung Pendidikan UiTM sebenarnya,” jelasnya yang juga mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) daripada pelbagai sudut untuk menjayakan konsert tersebut.

Dalam pada itu, Rayme Zainal yang pernah menyertai pertandingan realiti TV All Together Now pada tahun 2022 antara yang bakal memeriahkan Konsert Destiny Of Music.

Penyanyi yang pernah tular kerana memiliki wajah persis Roslan Shah ini bakal berkongsi pentas dengan nama-nama besar seperti Aina Abdul, Ernie Zakri, Kugiran Masdo, Haziq Rosebi dan juga barisan penyanyi UiTM.

Rayme Zainal turut melahirkan keterujaan untuk menghiburkan penonton yang hadir di Konsert Destiny of Music nanti.

“Menyanyi di hadapan khalayak yang sebahagiannya adalah pelajar-pelajar UiTM semestinya akan memberi saya pengalaman yang berbeza berbanding dengan menyanyi di majlis-majlis korporat, cabaran nya lain kerana sasaran umur penonton dan citarasa penonton semestinya berbeza,” kata Rayme Zainal berharap agar kemunculan sulung di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM nanti bakal memberi pengalaman dan pendedahan berbeza dalam usaha mendekati lebih ramai peminat melalui lagu-lagu ciptaannya.

Tiket telah mula dijual secara dalam talian di Ticket2U.com dengan harga bermula dari RM98 hingga RM488 dengan sebarang pembelian tiket secara berkumpulan atau pukal oleh syarikat korporat layak untuk mendapat pengurangan cukai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This