Jangan Rasa Bersalah Bila Makan Aiskrim. Ada Khasiat, Di Sebalik Rasa Manisnya Yang Tak Semua Tahu

Dari Penulis

Di kala cuaca panas terik, fikiran serabut, nikmatilah kesegaran aiskrim. Terasa nyaman, aura serta-merta bertukar positif.

Bagi sesetengah orang, pengambilan aiskrim perlulah dielakkan, kerana rasanya yang manis, dikhuatiri menjejaskan kesihatan jika diambil terlalu kerap.

Namun tidak ramai yang tahu, pengambilan aiskrim sebenarnya mempunyai khasiat yang jarang di ketahui. Aiskrim bukan sekadar rasa semata-mata, malah ia mendatangkan kebahagiaan buat si pengemarnya.

Kenapa kita perlu makan ais krim?

  1. Pencetus Kebahagiaan
    Semasa kita menikmati aiskrim, otak akan mengeluarkan hormon serotin, iaitu hormon yang dikaitkan dengan perasaan ceria dan bahagia. Ia membangkitkan mood ceria sepanjang hari.
  2. Mengurangkan Stres
    Aiskrim kaya dengan vitamin A, D, K, B12 dan mineral yang baik untuk kesihatan, serta sebagai penawar dan mengurangkan stress.
  3. Sumber Tenaga
    Aiskrim mengandungi gula dan lemak serta protein yang boleh menjadi sumber tenaga.
  4. Melegakan Sakit Tekak
    Pengambilan aiskrim vanila boleh mengurangkan keradangan terutamanya sakit tekak. Tekstur aiskrim yang lembut dan berkrim membolehkan ia ditelan dengan mudah.

Bukan Semua Aiskrim Sama
Walaupun aiskrim mempunyai pelbagai kebaikan, pastikan anda memilih jenis yang lebih sihat.

  • Pilih Aiskrim Rendah Lemak
    Terdapat banyak pilihan aiskrim rendah lemak atau bebas lemak (fat free) di pasaran, namun ia tetap sedap.
  • Tambah Buah-Buahan
    Nikmati aiskrim dengan potongan buah-buahan segar untuk menambahkan nutrisi dan serat.
  • Kawal Portion
    Satu scoop atau hidangan mini aiskrim, sudah cukup memadai untuk mengurangkan risiko pengambilan gula yang berlebihan.

Jadinya janganlah rasa bersalah bila makan aiskrim! Nikmati dengan penuh rasa ceria.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Status Halal JAKIM Cetus Fenomena, Churros+ Kini Jadi Pilihan Utama Snek Premium

JENAMA snek premium popular, Churros+, berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas secara rasmi menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan...

More Articles Like This