Pemandu lori cedera kemalangan lapan kenderaan di PLUS

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori cedera dalam kemalangan lapan buah kenderaan di Kilometer 243.2 menghala ke selatan, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada pukul 12.24 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kemalangan tersebut melibatkan dua buah lori, sebuah kereta Proton X50, Honda Insight, Toyota Hilux dan tiga buah Perodua Myvi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua kenderaan dalam perjalanan dari Senawang menghala ke Ayer Keroh.

“Kemalangan berlaku apabila pemandu X50 yang berada di lorong kanan telah hilang kawalan lalu melanggar Honda Insight di lorong kiri.

“Ekoran kemalangan itu, pemandu Myvi yang sampai di lokasi turut dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori jenis Isuzu yang cuba memperlahankan kenderaan,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Jelasnya, pemandu lori jenis Renault kemudian turut hilang kawalan lalu melanggar belakang lori Isuzu sebelum melintang masuk ke arah laluan bertentangan.

Kemudian, Shaik Abd Kadar memaklumkan, sebuah lagi Myvi dilanggar dari arah belakang oleh kereta Hilux dan Myvi lain ketika cuba memperlahankan kenderaan.

Shaik Abd Kadar berkata, hanya pemandu lori jenis Renault mengalami kecederaan sementara pemandu lain tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa cedera telah dibawa oleh pihak ambulans ke Hospital Seremban bagi rawatan lanjut.

“Punca kemalangan disebabkan hilang kawalan dan jalan licin akibat hujan,” ujarnya.

Kemalangan itu juga telah membuatkan trafik sesak sejauh 10 kilometer dari Pedas menghala ke Senawang.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan lelaki ceroboh kawasan rumah di Taman Puchong Prima

POLIS sedang mengesan dan mengenal pasti seorang lelaki tidak dikenali yang disyaki telah menceroboh kawasan belakang sebuah rumah di...

More Articles Like This