Gara-Gara Suka Makan Kuih Sopang, Faizah Yahya Juara Video Peraduan Manisan Dulu-Dulu Adabi

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Gara-gara suka makan Kuih Sopang, membawa tuah buat Faizah Yahya, 32 yang telah dinobatkan sebagai juara Peraduan Manisan Dulu-Dulu Adabi dengan membawa pulang wang tunai RM1,000 bersama hamper Adabi.

Anak kelahiran Papar, Sabah ini telah menewaskan 30 peserta yang lain dengan mengetengahkan kuih tradisi Negeri Sembilan, kuih sopang.

“Kuih Sopang ini bagi saya terlalu istimewa, bukan sahaja sedap malah ia merupakan kuih ‘lejen’ yang hanya boleh di dapati di bulan puasa.

Rasanya lebih lemak dengan menggunakan Santan Kelapa Adabi sebagai bahan utama. Tidak ramai yang mengenali kuih sopang ini,”ujar ibu kepada dua cahaya mata dan juga seorang chef de partie satu ketika dahulu yang pernah bertugas di sebuah hotel di Johor Baharu.

Faizah Yahya memenangi tempat pertama memenangi wang tunai RM1,000 berserta hamper Adabi menerusi Peraduan Video Masakan Dulu-Dulu Adabi. Foto : Abd Razak Aid

Video masakan Kuih Sopang yang dihasilkan Faizah, meraih 89,300 ribu tontonan. Manakala di tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Hafis Zulpakar, menerusi kuih cara jagung meraih 79,800 ribu tontonan dan di tempat ketiga dimenangi oleh Santi Abd Wahab, Bubur Sagu Sum Sum meraih 78,600 ribu tontonan.

Hanya 10 peserta terbaik berjaya ke peringkat separuh akhir yang mana setiap peserta dinilai melalui jumnlah tontonan tertinggi melalui akaun rasmi TikTok UtusanTV selama tempoh lima hari sahaja.

Peraduan Manisan Dulu-Dulu yang dianjurkan oleh UtusanTV dengan kerjasama Adabi ini telah pun berlangsung sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir menyampaikan hadiah Ketua Pegawai Eksekutif Adabi Consumer Industries, Syed Mahadzir Datuk Syed Manshor, Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkifli Hamzah dan Pengurus Adabi Trading House, Mohd Yazid Md Mokhsin.

Pengurus Adabi Trading House, Mohd Yazid Md Mokhsin

Menurut Mohd Yazid, Peraduan Manisan Dulu-Dulu Adabi ini di ketengahkan untuk menggembalikan nostalgia kuih lama dengan menghidupkan kembali hidangan tradisi dulu-dulu.

“Sebenarnya manisan dulu-dulu ini semakin pupus. Generasi muda hari ini tidak lagi mengenali kuih tradisi. Di atas inisiatif inilah, Adabi ingin membawa kembali kuih tradisi turun-temurun ini agar ia terus kekal sehingga ke hari ini, ”tegasnya.

Usaha ini sesuatu yang baik, apatah lagi ia mendapat sambutan di kalangan anak muda yang turut serta menyertai peraduan ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Status Halal JAKIM Cetus Fenomena, Churros+ Kini Jadi Pilihan Utama Snek Premium

JENAMA snek premium popular, Churros+, berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas secara rasmi menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan...

More Articles Like This