Siti Nurhaliza, Datuk K taja badal haji Huzz -“Kehilangan sosok tokoh senior, sentiasa beri kerjasama”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BERITA pemergian bekas pengarang URTV iaitu Huzz nyata menyentap ramai rakan media dan selebriti tempatan termasuklah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Terkesan dengan kehilangan insan yang banyak menyumbang jasa dalam karier seninya, Siti meluahkan hasrat untuk menaja (upah) badal haji buat Allahyarham.

Malah, niat penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu turut pernah disuarakan kepada arwah ketika menziarahinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).

“Saya dan suami sempat menziarahi Allahyarham di hospital, saya bawakan air zam-zam (baru pulang dari Makkah ketika itu), berada bersama-samanya dan berbual-bual sekitar satu jam. 

“Meskipun sakit, dia tetap tersenyum dan bercerita pengalaman-pengalaman kami bersama sepanjang saling bekerjasama.

“Allahyarham juga turut mendapat bantuan daripada Yayasan Nurjiwa sewaktu pihak kami mengadakan majlis berbuka puasa (infaq Ramadan) dan dia diwakili rakan wartawan untuk menerima sumbangan itu.

“Kami sempat memberi khabar bahawa pihak Yayasan Nurjiwa akan menunaikan badal haji buat Allahyarham. Doakan agar urusan badal haji Allahyarham dapat pihak kami sempurnakan,”katanya.

Siti berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

Sementara itu, Siti turut berkongsi mula mengenali arwah sejak awal penglibatannya dalam industri seni.

Menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar dalam bidang kewartawanan khususnya industri hiburkan tanah air.

“Seorang sahabat media yang saya kenali sejak dari awal bergelar artis.

“Sentiasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang beliau menjadi wartawan dan tentunya kita kehilangan sosok tokoh senior dalam bidang ini.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan Allah menempatkan Allahyarham di syurga. Semoga urusan pengebumian Allahyarham juga berjalan lancar,” tulisnya.

Huzz atau Kamal Huzaini Kamaludin,58, menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman abangnya di Bertam, Kepala Batas, Pulang Pinang akibat komplikasi kanser usus tahap empat.

Arwah dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.10 petang tadi.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bertam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This