Angka korban rakyat Palestin akibat serangan Israel cecah lebih 37,000

Dari Penulis

JUMLAH kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober lepas meningkat kepada 37,084 orang, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Sebanyak 84,494 individu lagi mengalami kecederaan. Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

WAFA melaporkan bahawa dalam tempoh 24 jam yang lepas, tentera Israel telah melakukan lapan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 283 rakyat Palestin terbunuh dan 814 lagi cedera.

Baca artikel lain: PRK DUN Sungai Bakap: Calon kerajaan diumumkan Rabu ini

Sementara itu, pasukan ambulans dan penyelamat masih tidak mempunyai akses kepada ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau yang berselerakan di jalan-jalan di seluruh wilayah yang diserang kerana tentera Israel terus menghalang pergerakan pasukan ambulans dan pertahanan awam.

  • BERNAMA
  • Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
  • Ikuti langkah ini:
  • Langkah 1: Layari utusantv.com
  • Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
  • Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
  • Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
  • Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This