PRK DUN Sungai Bakap: Calon kerajaan diumumkan Rabu ini

Dari Penulis

CALON Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bagi Kerajaan Perpaduan akan diumumkan pada hari Rabu ini.

Pengarah Pilihan Raya Perpaduan, Rafizi Ramli berkata, sebelum itu mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan diadakan Selasa ini untuk membentangkan calon yang dipilih sebelum diperakukan.

“Senarai sudah dihantar kepada Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan disaring oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

“Kita akan berjumpa sekali lagi pada Rabu ini untuk umumkan calon mewakili Kerajaan Perpaduan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar, malam tadi.

Baca artike lain: Penyasaran subsidi demi selamatkan negara – PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap bakal diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This