Gabungan kebaikan tenusu dengan menampilkan minuman yogurt yang menyegarkan, diperkayakan dengan jus buah-buahan asli, jenama terkenal Fernleaf Malaysia membawakan minuman baharu, Fernleaf Greek Style Yogurt Drink.
Diperbuat daripada susu yang berkualiti dari New Zealand, Fernleaf Greek Style Yogurt Drink menggabungkan textur berkrim minuman yogurt gaya Greek dengan jus buah-buahan sebenar. Mendapat persijilan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, minuman lazat ini menawarkan nutrien seperti kalsium dan vitamin D, mengandungi 0 peratus lemak, serta mematuhi garis panduan pemakanan yang ketat dengan tahap lemak dan gula yang telah ditetapkan.
Pengarah Pemasaran Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd., Lim Siew Poh menyatakan keterujaan dalam menawarkan minuman berkhasiat buat rakyat Malaysia.
“Di Fonterra, kami komited untuk menawarkan minuman berasaskan tenusu yang bukan sahaja memberikan khasiat, tetapi kepuasan kepada pelanggan kami. Kami juga menumpukan sepenuh perhatian untuk meningkatkan dan memperkayakan produk kami dengan nutrisi dan juga rasa yang digemari rakyat Malaysia.
“Pelancaran produk ini membuka lembaran baharu dalam industri yogurt minuman, kerana ianya adalah gabungan sempurna tekstur berkrim yang digemari dengan rasa buah-buahan yang asli,” katanya menerusi siaran media.
Minuman ini lebih daripada sekadar minuman biasa; ia adalah minuman serba guna yang sesuai untuk bila-bila masa, sama ada untuk dinikmati begitu sahaja sebagai snek yang enak, dihidangkan bersama pelbagai hidangan kegemaran anda, atau digabungkan bersama makanan lain seperti oat atau granola, mengikut selera dan kegemaran anda.

