Tiada kelibat Umi di mahkamah, Aliff Aziz tak nak beri tekanan

Dari Penulis

PELAKON Aliff Aziz tampil menjelaskan ketiadaan ibunya semasa prosiding penceraian kerana tidak ingin mengheret ibunya kedalam tekanan.

Sebelum ini, ibu kepada pelakon tersebut iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad, sering meraih kecaman netizen kerana dikatakan terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga anaknya itu.

Namun, dia tetap bersyukur dan berterima kasih kepada ayahnya yang sudi menemaninya sepanjang proses keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berjalan dengan lancar.

“Semua sihat dan tenang. Hari ini ditemani dengan ayah. Aliff rasa tak nak letakkan umi dan keluarga lain dalam suatu keadaan yang ‘pressure’.

“Alhamdulillah ditemani dengan ayah dan segalanya berjalan dengan lancar,” ujarnya kepada URTV.

Dalam masa sama, dia juga mengucapkan penghargaan kepada kehadiran rakan media serta berharap agar doa untuk kebahagiannya dikabulkan.

“Terima kasih kepada semua yang hadir hari ini.

“Doakan Aliff yang baik dan segalanya yang baik-baik sahaja,” ujarnya lagi.

Difahamkan, pelakon Aliff Aziz telah tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada jam 12:25 tengahari, ditemani bapanya, Aziz Sapdan, serta peguam syarie Hadi Salleh dan dua pengawal peribadi.

Sebelum ini, Bella telah memfailkan cerai secara ekspress di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Mac lalu kerana tiada lagi perasaan sayang. 

Semasa perbicaraan kedua prosiding cerai pada 4 April lalu, Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella dengan alasan masih menyayangi isterinya itu.

Walau bagaimanapun, pasangan ini telah sah bercerai dengan talak satu buat kali kedua, hari ini.

Untuk rekod, terdahulu Bella dan Aliff berkahwin pada  9 September 2016. Mereka pernah bercerai talak satu pada April 2020 namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This