Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi hantaran di Instagram dengan memuat naik tangkap layar perbualan antara bekas suaminya dengan seorang wanita yang didakwa terlibat dalam keretakan rumah tangga mereka.
Menerusi Story Instagramnya, Shuhada memberi pilihan kepada pengikutnya mahu dia bongkarkan sama ada perbualan bekas suami nya atau wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya.
“Tak sabar pulak kita nak up semuanya, kepada kamu, siap sedia. Ini bermakna perang, mahkamah tak mahkamah letak tepi.
“Kau yang mula dulu! bagi tahu nak yang mana dulu?
“Korang nak baca perbualan antara pencurang dan pelakor atau voice recording? Pilih,” tulisnya.

Melihat kepada kapsyen di hantarannya, Shuhada sudah sekian lama menahan sabar dan berpegang pada kata-kata ‘selagi orang tak mula, kita jangan mula’.
“18 bulan saya sabar, kau yang mula dulu maka bincangkan.
“Saya pegang kata-kata ‘jangan mula dulu shu, kalau dia yang sebarkan dulu baru kita up’.
“Jadi disebabkan perbualan mama saya pertahankan saya pun dimalukan, jadi silakan menjamu hidangan.
“Jangan jolok sarang tebuan! kau sentuh aku? okayy… kau sentuh mak dan anak-anak aku! kau habis…jumpa dekat mahkamah,” katanya.

Difahamkan perbualan WhatsApp yang berunsur lucah itu dipercayai pernah dikongsikan sendiri oleh wanita tersebut untuk membuktikan hubungannya yang serius dengan bekas suami Shuhada.
“Disclaimer: ini perbualan antara pelakor (perampas laki orang) dan bekas sisa saya.
“Untuk pengetahuan, chat ini diberi oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan.
“Kenapa aku minta cerai? Sebab ini… Ini juga perbualan antara pelakor dan bekas sisa diberikan kepada saya untuk membuktikan bahawa mereka sangat serius,” tulis Shuhada pada hantaran tangkap layar tersebut.

Untuk rekod, pada 30 April 2016, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga. Namun begitu, pada 27 Julai tahun lalu mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Mereka memiliki dua orang cahaya mata, iaitu Humairah, 7, dan Umarr berusia 4 tahun.

