Shuhada ‘berbunyi’ terpaksa tanggung belanja sekolah 2 anak seorang diri, gesa Hafidz Roshdi jangan terlalu seronok

Dari Penulis

KHABAR mengenai aktor terkenal Hafidz Roshdi yang akan kembali ke dunia lakonan sekali lagi mendapat respon daripada bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri apabila mendedahkan dirinya gagal membayar nafkah dua orang anak mereka.

Shuhada secara terbuka memaparkan bukti perbualan antara wakil ejen insurans dan guru sekolah anak-anak mereka di platform media sosial.

“Dalam perbualan peribadi yang saya paparkan, saya jelas meminta bantuan untuk menangani kos sekolah anak-anak yang sudah mencecah RM11,000.

“Saya tidak lagi mampu menanggung beban ini sendiri. Sudah tiba masanya bagi Hafidz untuk bertanggungjawab sebagai bapa dan menyediakan sumbangan yang sewajarnya,” tulisnya di Instagram.

Shuhada turut memberi pesanan kepada Hafidz terlalu larut dengan keseronokan tanpa memikirkan kewajipan sebagai bapa terhadap anak-anak mereka.

“Tiada alasan seperti periuk nasi tertutup dan sebagainya, yang buat periuk nasi tertutup tu diri sendiri punya pilihan. Jadi kenapa anak-anak yang perlu tanggung akibatnya? Mereka layak hidup seperti biasa.

“Jadi sekarang dah dapat pendapatan kan? Mohon selesaikan bagi pihak Umar bin Muhammad Hafiz, Jangan asyik berseronok sahaja,” tegasnya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah,7, dan Umar,4.

Bagaimanapun, mereka sah bercerai pada Julai 2023


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This