Menangis nak jumpa Lee Zii Jia, Hairul Azreen buat kejutan jemput datang rumah tunaikan permintaan anak

Dari Penulis

PELAKON Hairul Azreen merealisasikan impian anak perempuannya, Alisya Aisyah yang mahu bertemu dengan pemain bdminton  negara iaitu Lee Zii Jia.

Menerusi entri video yang dikongsikan oleh Hairul atau Hairul Azreen Idris,35 di Instagram, jelas kelihatan Alisya menangis kesedihan sambil berkata ingin berjumpa dengan Zii Jia.

“Lee Zii Jia dah pulang. Lain kali okay? Awak nak bercakap dengan Lee Zii Jia?,” soal Hairul kepada Alisya.

Secara tiba-tiba, Zii Jia muncul membuat kejutan datang ke rumah mereka untuk bertemu dengan Alisya.

Ketika itu, Alisya sedang bersama ibunya, pelakon Hanis Zalikha yang sedang duduk di meja makan.

Terua dengan kehadiran Zii Jia, Alisya keriangan menghulurkan salam tanda hormat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyifatkan Alisya merupakan kanak-kanak yang bertuah kerana berpeluang bertemu dengan Zii Jia.

“Auntie kalau menangis 20 abad pun, belum tentu Lee Zii JIa kisah.

“Orang lain punya susah nak jumpa Lee Zii Jia, bapa Alisa elok saja telefon dia suruh datang.

“Guna kabel yang betul ni. Anak bertuah!,” komen netizen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This