Paku Tanah Jawa bukan sekadar filem seram, angkat budaya Sinden & Sugihan

Dari Penulis

FILEM seram ‘Paku Tanah Jawa’ arahan Bambang Drias yang berlatar belakangkan kisah misteri di Gunung Tidar, Jawa Tengah, bakal menggemparkan penonton di seluruh pawagam bermula hari ini.

Penerbit Eksekutif, Datuk KK Chua, menjelaskan bahawa idea untuk menerbitkan filem Paku Tanah Jawa timbul setelah mengetahui kisah-kisah misteri dalam kalangan masyarakat yang menghuni di kawasan Gunung Tidar.

“Saya tertarik dengan kisah urban legend yang diceritakan sehingga ia memberi inspirasi buat saya untuk menerbitkan sebuah naskhah seram.

“Apa yang menariknya, ia bukan sekadar filem mistik semata-mata, malah turut mengangkat budaya Sinden dan Sugihan,” ujarnya.

Filem Paku Tanah Jawa ini turut mengangkat budaya Sinden dan Sugihan, menjadikannya lebih mendalam dari sekadar filem mistik. Ia dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Masayu Anastasia, Gisellma Firmansyah, MK K-Clique, Hasif Upin, dan Wafda Saifan Lubis.

Penggambaran filem Paku Tanah Jawa ini mengambil masa selama 14 hari di kawasan hutan yang terletak di Kota Jogjakarta, Indonesia. Walaupun menghadapi gangguan daripada unsur-unsur mistik, penggambaran tetap berjalan lancar.

KK Chua juga percaya filem Paku Tanah Jawa ini akan mendapat sambutan baik penonton di Malaysia dan Indonesia.

“Jadi, untuk barisan pelakon pula, kami telah memilih pelakon kedua-dua negara yang cukup popular dan ia adalah antara tarikan dalam filem ini.

“Selain genre seram antara yang menjadi kegemaran penonton, saya percaya penonton akan tertarik dengan jalan cerita yang dipaparkan,” jelasnya.

Di Indonesia, tayangan filem Paku Tanah Jawa ini sudah mencecah 430 ribu penonton atau sebanyak RM6.45 juta kutipan box office sejak ditayangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This