Ajal 4 sahabat selepas Wira langgar tiang elektrik

Dari Penulis

EMPAT sahabat maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 24 Jalan Renggam – Simpang Renggam, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 1 pagi.

“Mangsa Mohd Adib Ahmad Shahfarin,21, Muhammad Ziyad Azmi, 21, dan Ahmad Manan Zaini,21, mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala Nor Aminul Fitri Nor Azmi, 21, cedera di kepala serta badan dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan mendapati Proton Wira yang dipandu Muhammad Adib telah hilang kawalan ke tepi jalan sebelum melanggar sebatang tiang elektrik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987z

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 11.45 malam.

Sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam dan Kluang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This