Brahim’s sedia makanan halal untuk 35 syarikat penerbangan antarabangsa

Dari Penulis

BRAHIM’S Food Services Sdn Bhd kini menyediakan perkhidmatan makanan halal dalam penerbangan kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa termasuk tujuh syarikat penerbangan terkemuka dunia.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata syarikat penerbangan berkenaan termasuk Qatar Airways, Emirates, ANA All Nippon Airways, Cathay Pacific Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines dan EVA Air.

Menurut kenyataan itu, syarikat penerbangan berkenaan dinamakan antara 10 syarikat penerbangan teratas pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2024 yang diadakan pada 24 Jun lepas di London.

Ketua Pegawai Eksekutif Brahim’s Food Services Mohammad Fadhli Abdul Rahman berkata pengiktirafan ini membanggakan semua warga kerja syarikat sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran penyediaan makanan halal bagi penerbangan global.

Menurut kenyataan itu, reputasi syarikat sebagai penyedia makanan halal dalam penerbangan terbesar di rantau ini adalah wajar, dengan mempunyai dapur canggih yang meliputi kira-kira 60,000 meter persegi.

“Kemudahan ini yang dikendalikan lebih 550 pekerja berdedikasi, beroperasi sepanjang masa dan mampu menghasilkan sehingga 60,000 hidangan setiap hari, mengikut standard halal dan memastikan kualiti dan keselamatan tertinggi dalam penyediaan makanan.

“Untuk masa depan, kami akan memperluas lingkungan, menyediakan pelanggan baharu dan berpotensi sambil mengekalkan nilai teras integriti, inovasi, dan kepuasan pelanggan,” katanya.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bank Rakyat perkenal dua inisiatif digital Ar-Rahnu pertama di Malaysia

BANK Rakyat memperkenalkan dua inisiatif digital baharu, Virtual Ar-Rahnu-i dan Pembiayaan Semula Ar-Rahnu (e-Overlap), bagi meningkatkan pengalaman pelanggan melalui...

More Articles Like This