Kopetro catat dividen 13.5 peratus kepada lebih 15,000 anggota koperasi. Jalin kerjasama strategik dengan rakan niaga

Dari Penulis

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) mengumumkan agihan dividen yuran tahunan sebanyak lima peratus, modal syer sebanyak enam peratus, dan syer bonus 2.5 peratus kepada lebih 15,000 Anggota Koperasi bagi tahun 2023.

Pengerusinya, Roslan Abdul Rahim berkata, sejajar dengan kecemerlangan KOPETRO pada tahun 2023, antara langkah yang diambil bagi meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan KOPETRO bagi tahun yang mendatang, adalah dengan membina kerjasama strategik dengan koperasi asas, Federasi Koperasi, Institut Koperasi Malaysia (IKM), Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), selain kolaborasi dengan pemain-pemain industri.

Pengerusi Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), Roslan Abdul Rahim.

Malah pihaknya berkeyakinan untuk mencapai misi tersebut melalui usaha yang lebih agresif untuk menguatkan perniagaan teras koperasi yang tertumpu kepada sektor perkhidmatan kewangan, pelancongan dan riadah melalui anak syarikatnya,  Kopetro Travel & Tours.

“Bisnes ini bermula bulan ini dan untuk tempoh lima bulan akan datang, jualan daripada bisnes ini disasarkan sebanyak RM20 juta manakala dalam setahun ia akan mencecah lebih daripada RM50 juta seterusnya melonjak sekali ganda pada tahun depan,” katanya di Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOPETRO yang diadakan buat kali yang ke-41 di baru-baru ini.

Dalam pada itu, KOPETRO menerusi anak syarikatnya KOPETRO Trading memeterai kerjasama strategik bersama Gentari Renewables Sdn. Bhd dan KOPETRO Retail bersama PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd.

Manakala kerjasama bersama Gentari Renewables bagi menggalakkan penggunaan tenaga bersih dan lestari seperti tenaga solar sejajar dengan usaha global untuk mengawal impak perubahan iklim dan beralih kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Mengulas lanjut, Roslan menerangkan, untuk pengukuhan perancangan strategik masa depan, Kopetro telah menceburi bidang Ar Rahnu, sektor hartanah dengan pembinaan projek perumahan di Sungai Buloh di sekitar Lembah Klang.

KOPETRO mengumumkan prestasi kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dengan merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM344 juta, peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 2022, yang berjumlah sebanyak RM291 juta.

KOPETRO turut mencatatkan lonjakan prestasi kewangan yang cemerlang dengan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 64 peratus kepada RM9.2 juta berbanding tahun 2022, sejajar dengan kenaikan permintaan produk runcit, makanan dan minuman serta pelancongan akibat pemulihan ekonomi global.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This