KEJOHANAN Piala Datin Hajjah Zaleha 2024 yang dianjurkan di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) Putrajaya, hari ini merupakan platform terbaik bagi mencungkil bakat baharu dalam pengendalian senjata shotgun.
Presiden KMSS, Dato’ Sri Shafiz Shahrani memaklumkan, penganjuran kali kedua itu disifatkan medan untuk penggemar shotgun menampilkan ‘taring’ masing-masing.

Beliau turut menyifatkan penganjuran Piala Datin Hajjah Zaleha 2024 dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun berdepan pelbagai rintangan akibat kekangan masa dan jadual.
Pada masa sama, Shafiz juga berhasrat menganjurkan Piala Datin Hajjah Zaleha dalam skala lebih besar tahun hadapan.

“Tahun ini kita tak dapat menambat ramai penyertaan kerana terdapat beberapa kekangan daripada segi jadual, masa dan sebagainya yang menyaksikan lebih kurang 40 peserta dapat sertai.
“Namun, kami di KMSS berhasrat untuk menganjurkan pertandingan yang lebih besar lagi di edisi ketiga tahun hadapan dari segi penyertaan dan kalau boleh kita nak ke Level III berbanding Level II tahun ini,” katanya.

Baca artikel lain: Hanya seminggu berlatih, Wak ‘tapau’ dua tempat pertama Piala Datin Hajjah Zaleha
Beliau berkata demikian kepada UtusanTV selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Piala Datin Hajjah Zaleha 2024 di KMSS, hari ini.
Bagi penganjuran tahun ini, Piala Datin Hajjah Zaleha menampilkan dua divisyen iaitu shotgun dan handgun.

Divisyen shotgun pula dibahagikan kepada dua kategori iaitu standard manual dan standard.
Selain itu, turut diadakan penyertaan bagi Wanita dan acara shoot off untuk standard manual, standard serta handgun.

Mengulas lanjut, Shafiz berkata, kemahiran mengendalikan shotgun dan pump action gun adalah peluang terbaik bagi seseorang untuk meningkatkan kemahiran menembak mereka.
“Kebanyakan pemegang lesen dan juga syarikat-syarikat yang mempunyai lesen (menembak), kebanyakannya mempunyai lesen shotgun lebih daripada handgun.
“Jadi lebih banyak pertandingan dianjurkan memberi lebih banyak pendedahan kepada semua peserta yang terlibat,” katanya.





Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

