Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 angkat kedudukan pegawai AADK – Saifuddin Nasution

Dari Penulis

PINDAAN Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, yang diharap dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini, akan mengangkat kedudukan pegawai pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam bidang itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, ini kerana melalui pindaan itu, mereka yang datang secara sukarela ke pusat pemulihan untuk rawatan, akan dirujuk terus kepada pegawai pemulihan AADK yang kemudian melakukan pemeriksaan ujian air kencing dan seterusnya mengesahkan sama ada mereka memerlukan rawatan ataupun tidak.

“Berbanding sebelum ini, undang-undang menghendaki AADK untuk menghantar mereka (penagih) kepada pegawai perubatan yang dianggap mempunyai kepakaran dan legitimasi untuk membuat pemeriksaan ujian air kencing dan seterusnya mengesahkan mereka ini benar memerlukan (rawatan).

Baca artikel lain: Penurunan kadar surcaj elektrik kepada syarikat dijangka dapat turunkan harga barangan – PM

“Itu perbezaannya, dan rasional untuk melakukan anjakan paradigma ini adalah kerana pegawai AADK juga mempunyai 41 tahun pengalaman (berkaitan dadah) dan terlatih menerusi kaedah pensijilan yang diiktiraf mengikut standard piawaian antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Xpresi Generasi Kita: Solidariti Bersama Dadah anjuran AADK, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Khairul Anwar Bachok.

Sehubungan itu, beliau yakin jika pindaan itu diluluskan ia akan mempercepatkan proses rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah, kerana tiada lagi karenah birokasi yang merimaskan perlu dilalui, selain akan mendorong lebih ramai lagi individu untuk tampil secara sukarela mendapatkan rawatan.

“Saya hanya memerlukan majoriti mudah untuk ia diluluskan dalam Dewan Rakyat, seperti yang berlaku apabila pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) diluluskan baru-baru ini dengan 93 Ahli Parlimen menyokong dan 63 lagi menentang,” katanya.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lautan biru bukti semangat kebersamaan di DUN Tiram cukup luar biasa – Ahmad Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dapat merasakan semangat kebersamaan cukup luar biasa dalam kalangan...

More Articles Like This