LATIHAN keras pada setiap hujung minggu membuahkan hasil buat Ng Chung Ngaip apabila berjaya mengungguli tempat pertama dalam tiga kategori bagi Kejohanan Piala Datin Hajjah Zaleha 2024, hari ini.
Chung Ngaip, 33, menampilkan aksi cemerlang selepas berada di tempat pertama kategori standard shotgun dan shotgun shoot off dalam kejohanan edisi kedua yang dianjurkan di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya itu.
Lebih manis, beliau bersama rakan sepasukan dari Persatuan Menembak Johor (JSA) turut berjaya menewaskan peserta berpengalaman lain bagi kategori shotgun berpasukan.
Selain Chung Ngaip, JSA yang dianggotai Tong Teck Ho; Un Lee Chin dan Lim Cheng Poh mengetepikan cabaran pasukan Kelab Menembak Bandar Kajang (KMBK) dan KMSS masing-masing di tangga kedua serta ketiga.

Bercakap kepada UtusanTV, Chung Ngaip memaklumkan, beliau baru sahaja ‘beralih’ kepada pengendalian shotgun kira-kira setahun lalu setelah lapan tahun memberi tumpuan kepada kejohanan handgun Persekutuan Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC).
“Saya rasa segala latihan selama ini sejak bulan September tahun lalu berbaloi apabila berjaya menang besar dalam kejohanan kali ini.
“Kebiasaannya saya hanya sempat berlatih pada setiap hujung minggu kerana kekangan kerja pada hari lain. Jadi, saya sangat gembira apabila berjaya menang.
“Tahun lalu saya tak sempat mendaftar untuk Piala Datin Hajjah Zaleha ini kerana kesuntukan masa tetapi tahun ini apabila mengetahui dianjurkan sekali lagi, saya dan rakan-rakan tak membuang masa dan terus mendaftar,” katanya kepada UtusanTV hari ini.

Baca artikel lain: Hanya seminggu berlatih, Wak ‘tapau’ dua tempat pertama Piala Datin Hajjah Zaleha
Mengulas lanjut, beliau yang bekerja sebagai pengurus ladang berkata, minat dalam pengendalian shotgun hadir selepas prestasi pada kejohanan handgun IPSC sedikit menurun.
“Sebelum ini minat kepada handgun sedikit menurun sehingga saya hampir mahu bersara terus.
“Namun begitu, apabila memberi tumpuan kepada shotgun, prestasi dalam handgun juga turut sama meningkat,” jelasnya.
Bagi penganjuran tahun ini, Piala Datin Hajjah Zaleha menampilkan dua divisyen iaitu shotgun dan handgun.

Divisyen shotgun pula dibahagikan kepada dua kategori iaitu standard manual dan standard.
Selain itu, turut diadakan penyertaan bagi Wanita dan acara shoot off untuk standard manual, standard serta handgun.
Acara standard manual menyaksikan kemenangan menjadi milik Masnan Seman diikuti Mohamad Yusri dan Razali Ahmad di tempat kedua serta ketiga.

Bagi divisyen handgun pula, kategori Centre Fire diungguli Mohd Ariff Ridzwan yang memperoleh 336 mata manakala Mohd Rashidi Rosman (315 mata) di tangga kedua dan Azurul Amin Judin (304 mata) di tempat ketiga.
Kategori Falling Plate berpasukan menyaksikan kemenangan diperoleh Fazlina Zaida dan Muhammad Zaid manakala Mohd Ariff Ridzwan yang berpasangan dengan Mohamad Hamdan Abu Bakar di tangga kedua.
Mohd Faizal Ismail dan Mohd Zulkifli Latif pula menduduki tangga ketiga untuk kategori berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

