Pelawak, isteri sebar maklumat dalaman polis direman dua hari

Dari Penulis

Seorang pelawak dan isterinya direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman di aplikasi Telegram berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. 

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 38 dan 37 tahun itu, ditahan di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam, kira-kira 7 malam semalam. 

“Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan telefon bimbit pasangan terbabit turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sebelum ini, tular di aplikasi itu mengenai penulisan dan gambar berkaitan hal ehwal dalaman IPD berkenaan. 

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebook


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This