KEDAH Darul Aman (KDA) FC layak ke perlawanan separuh akhir Piala FA selepas seri tanpa jaringan dengan Penang FC dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Darul Aman malam ini dan seterusnya membolehkan mereka memenangi perlawanan secara agregat 1-0.
Lawan Sang Kenari dalam perlawanan separuh akhir kelak adalah juara berganda, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menang dengan agregat 13-0 apabila membelasah Malaysian University FC 8-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Dalam perlawanan malam ini, Kedah yang mempunyai kelebihan satu gol selepas memenangi 1-0 dalam perlawanan pertama masih cuba mencari jaringan tetapi banyak peluang-peluang yang diperolehi tidak dapat disempurnakan oleh barusan penyerangnya.
Penang yang cuba mencari gol penyamaan dengan melancarkan serangan demi serangan tetapi juga menghadapi masalah menjaringkan gol walaupun mendapat banyak peluang terbuka dengan dihampakan oleh ketangkasan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz.
Sementara itu, di Stadium Sultan Ibrahim, JDT menurunkan barisan terbaik dengan formasi 3-4-3 dalam usaha memperkukuhkan lagi kemenangan selepas membelasah skuad kendalian Ridzuan Abu Shah 5-0 dalam aksi suku akhir pertama, 29 Jun lalu.
Pesta gol JDT bermula pada minit ke-20 apabila Juan Muniz yang terlepas tiga peluang awal melepaskan rembatan lencong tepat ke penjuru kanan gawang menewaskan Syed Muhammad Irfan Syafiq.
Malang buat anak didik Ridzuan apabila pengadil, Muhamad Faizuddin Ismail tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-26 selepas Muhammad Nashran Elias mengasari Francisco Geraldes di dalam kotak penalti.
Heberty Fernandes yang mengambil sepakan merembat kencang tepat ke penjuru kiri gol dan selang tiga minit kemudian Heberty mencetak gol kedua peribadi untuk meletak JDT selesa dengan jaringan 3-0 dan pada minit ke-34, JDT menambah jaringan melalui Fairuz Baharuddin dengan kedudukan 4-0.
Bersambung babak kedua, JDT mendapatkan gol kelima mereka melalui Geraldes, gol keenam melalui Romel Morales dan seterusnya gol ketujuh melalui Bergson, sebelum ketika aksi di penghujung permainan Morales mencetak gol kedua peribadi untuk memastikan kemenangan besar 8-0 memihak JDT.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

