YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.
Baginda turut mengingatkan rakyat agar tidak bersikap keterlaluan atau ‘extreme’ terutama dalam isu yang berkaitan dengan kaum dan agama.
“Jangan buka aib orang lain atau tularkan perkara yang memalukan, kerana ini semua akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan,” titah Sultan Ibrahim pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M di Putrajaya.
Sultan Ibrahim bertitah orang ramai hari ini berdepan dengan cabaran kebanjiran maklumat tanpa sempadan melalui media sosial yang sukar dikawal.
Justeru Baginda mengingatkan semua rakyat supaya sentiasa berhati-hati dalam menuntut ilmu agama di media sosial dan memastikan kandungan yang diperoleh adalah sahih dan berwibawa.
Sultan Ibrahim bertitah terdapat kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penyebaran maklumat berkaitan agama Islam yang mengelirukan, tidak tepat, salah tafsir dan ajaran menyimpang daripada prinsip Islam sebenar.
“Jika orang dahulu belajar agama dengan membaca kitab dan mendengar kuliyah di masjid, tetapi masyarakat sekarang belajar agama secara ‘on-line’ daripada ‘Ustazah Facebook’ dan ‘Ustaz Tik Tok’,” titah Seri Paduka Baginda.
Baginda turut mengingatkan umat Islam supaya lebih bijak menilai mana betul dan mana yang salah, memandangkan penyebaran maklumat agama tidak tepat melalui media sosial boleh mengundang kekeliruan, perpecahan dan amalan agama yang menyimpang.
Sultan Ibrahim turut menggesa kerajaan supaya meningkatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat dan menyediakan satu pusat rujukan agama untuk menyebarkan ilmu dan maklumat yang tepat.
Sementara itu dalam aspek pembentukan sebuah negara, Sultan Ibrahim bertitah Hijrah turut membawa sinar penyatuan ummah dan perpaduan masyarakat.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

