Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima talian 15555

Dari Penulis

TALIAN Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 menerima lebih 48,000 panggilan berkaitan tingkah laku cubaan bunuh diri bagi tempoh 2022 hingga Jun tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Sosial Negara berkata, selain itu, terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.

Justeru itu, beliau berkata, mesyuarat Majlis Sosial Negara telah bersetuju supaya peranan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan dalam menangani situasi berhubung tingkah laku bunuh diri di negara ini dilaksanakan secara bersepadu dan lebih proaktif.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara di Bangunan Parlimen, hari ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata agenda lain yang disentuh pada mesyuarat itu adalah mengenai silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) di sekolah bawah Kementerian Pendidikan.

Baca artikel lain: Pegawai SPRM bawa keluar 3 kotak dari ibu pejabat HRD Corp

Beliau berkata, silibus PEERS dipersetujui dilaksanakan mengikut pelaksanaan sedia ada berserta cadangan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran silibus melalui kurikulum pendidikan kesihatan Kurikulum Persekolahan 2027.

Ahmad Zahid berkata, turut dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai pelaksanaan Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment – SIA) bagi projek pembangunan.

“Sejak 2016 sehingga Mac 2024, Mesyuarat Panel Penilai Laporan SIA telah membuat penilaian laporan SIA bagi 51 projek pembangunan di peringkat Persekutuan dan 162 projek pembangunan telah dinilai di peringkat negeri,” katanya.

Mesyuarat turut menyentuh mengenai pencapaian Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (MyWI) 2022, kata Ahmad Zahid.

  • Bernama
  • Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
  • Ikuti langkah ini:
  • Langkah 1: Layari utusantv.com
  • Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
  • Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
  • Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
  • Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This