YEG-MISA dan SRC Global jalin kerjasama strategik, teroka ‘Basic Scaffolding Erector’ dalam industri minyak dan gas

Dari Penulis

Bagi memenuhi keperluan pasaran kerja dalam ‘Basic Scaffolding Erector’ dalam industri minyak dan gas sebagai Scaffloding Erector, YEG- MISA (Malaysia Industrial Skills Academy) menjalin usahasama strategik dengan SRC Global Resources Sdn Bhd. Fokus utama kerjasama ini adalah untuk melatih dan menyediakan tenaga kerja yang mahir dalam bidang Scaffolding Erector.

Ketua Pegawai Eksekutif,  Datuk Nor Hisham Mohd Ariffin berkata, insiatif yang diusahakan ini bagi mengangkat industri ‘basic scaffolding erector’ dalam industri minyak dan gas dengan misi memupuk rangkaian sokongan dan kerjasama di kalangan pihak berkepentingan industri.

“SRC Global akan memberi latihan komprehensif dan berstruktur untuk memastikan tenaga kerja memiliki kecekapan yang diperlukan selama tempoh 15 hari dan kemudian mereka akan terus dihantar bekerja dalam industri minyak dan gas.

“Kami mempunyai kerjasama yang baik dengan industri di mana pengalaman 15 tahun penubuhan SRC Global ini memberikan impak positif bagi memastikan setiap peserta yang menyertai kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan ini mempunyai pekerjaan selepas tamat penyertaan. SRC Global dapat memudahkan perkongsian pengetahuan, penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tenaga ‘basic scaffolding erector’,” katanya.

Jelasnya lagi, matlamat kerjasama ini bagi menyediakan tenaga kerja yang kompeten untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri ‘basic scaffolding erector’ bidang minyak dan gas. Selain itu, ia bagi mengembangkan program latihan khusus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknikal dalam pemasangan dan penyelenggaraan ‘scaffolding’ untuk industri minyak dan gas.

Kerjasama antara YEG-MISA, bersama SRC Global Sdn Bhd, adalah satu langkah strategik untuk memenuhi keperluan pasaran kerja dalam industri ‘basic scaffolding erector’ untuk sektor minyak & gas. Dengan fokus pada peningkatan kemahiran dan sokongan kerjaya, inisiatif ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada tenaga kerja, ekonomi negara, dan serta memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri ‘basic scaffolding erector’ untuk sektor industri minyak dan gas.

Dalam pada itu, Malaysia Industrial Skills Academy (MISA) merupakan sebuah platform kerjaya yang memasarkan sebuah pusat latihan di dalam sektor maritim, minyak dan gas, sektor Tenaga Boleh Diperbaharui dan juga “Basic Scaffolding Erector’ sektor minyak dan gas.

Dengan peredaran teknologi moden masa ini, MISA bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk memberi pendedahan kepada  generasi muda tentang maklumat terkini berkaitan industri berikut. Hal ini seterusnya memudahkan golongan yang berminat untuk memilih laluan kerjaya di dalam industri ini dengan mengikuti perkembangan terkini daripada pihak MISA sendiri.

Hasil sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, platform ini diteruskan sehingga kini untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan latihan dan seterusnya memulakan kerjaya dalam bidang berikut. Antara kursus-kursus yang ditawarkan bersama SRC Global Sdn Bhd adalah kursus Latihan Basic Scaffolding Erector.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This