SEORANG daripada dua kanak-kanak yang kritikal selepas termakan keropok ‘beracun’ telah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian, perkara itu disahkan ibu kepada mangsa, Nurain Hasnorizal yang berusia 25 tahun.
Menurut Nurain, anak sulungnya, itu, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3 tahun, meninggal dunia pada jam 8.40 pagi.
“Betul, anak saya sudah meninggal dunia. Sekarang saya sedang menunggu proses bedah siasat,” katanya sebak.
Terdahulu, dua beradik Muhammad Akil dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2 dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.
Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.
Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

